Search
Close this search box.
Mereka yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Trafik Sungai Merah untuk dokumentasi sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Foto: PDRM

86 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Sibu

SIBU, 10 Julai: Polis menahan 86 individu termasuk tujuh wanita dalam Operasi (Op) Samseng Jalanan di sekitar bandar ini pada hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 25 tahun dibawa ke Balai Polis Trafik Sungai Merah untuk dokumentasi sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Operasi diadakan di Jalan Awang Ramli Amit dan Dataran Sibu.

“Sebanyak 154 saman atas pelbagai jenis kesalahan turut dikeluarkan manakala 44 motosikal telah ditahan untuk diperiksa dalam operasi yang bermula 9 malam Sabtu sehingga 3 pagi Ahad,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi itu, katanya pelbagai kesalahan telah diambil tindakan saman yang kebanyakannya melibatkan pengubahsuaian ekzos motosikal.

Kesalahan lain yang diambil tindakan saman termasuk tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, ubahsuai struktur, lesen tamat tempoh, nombor plat tidak mengikut spesifikasi, aksesori tidak sempurna, tidak mempamer ‘P’ atau ‘L’, Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh, tiada nombor plat dan nombor plat tidak mengikut peraturan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan