Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Simuja John Ilus di temui TVS bagi mengulas pandangan selepas mengetuai konvoi di Daerah Serian. Ditemai oleh Timbalan Residen Bahagain Serian Caroline Cleophas Joseph (kiri) dan Pegawai Daerah Serian Lim Huak Meng. Foto: Nasrullah (TVS)

Semai semangat patriotisme dalam diri – John Ilus

ByConnie Grace

SERIAN, 9 Julai: Kemeriahan sambutan Sarawak Merdeka disemarakkan lagi dengan aktiviti konvoi bermotosikal demi menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan penduduk di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, kerjasama antara kumpulan konvoi bermotosikal dari Serian dan pelbagai agensi terlibat dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme.

“Setelah saya sendiri mengetuai konvoi di Daerah Serian ini, saya boleh rasakan bahawa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sentiasa mekar, apabila melihat penduduk di tepi jalan mengibarkan bendera Sarawak.

“Selain itu, konvoi ini juga membawa mesej kepada rakyat di negeri ini bahawa kita turut dilimpahkan dengan pembangunan infrastruktur yang lengkap,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Serian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Konvoi Kembara Peringkat Dareah Serian, Lim Huak Meng berkata, bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kumpulan konvoi pihaknya bekerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Serian.

Pegawai Daerah Serian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Serian, Lim Huak Meng, ditemani Mohd Firdaus ketika ditemui bagi mengulas mengenai faktor keselamatan dan peraturan jalan raya. Foto: Nasrullah (TVS)

“Semua peserta konvoi diberi taklimat keselamatan dan peraturan jalan raya oleh Mohd Firdaus (Polis trafik), agar mereka sentiasa mengikuti peraturan keselamatan, begitu juga dengan pemakaian yang sesuai bagi aktiviti bermotosikal ini.

“Saya difahamkan bahawa seramai 66 buah kenderaan yang menyertai konvoi ini, sebab itulah, mereka akan diiringi oleh pihak polis,” katanya ketika ditanya mengenai keselamatan para konvoi di daerah Serian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan