Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sesi dialog Sunday Morning with Premier 2.0 bersama usahawan-usahawan Sarawak di sebuah hotel di Kuching hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Sarawak guna kepakaran Singapura hasilkan vaksin berkaitan penyakit berjangkit

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 9 Julai: Sarawak merealisasikan hasrat membangunkan vaksin sendiri menggunakan kepakaran saintis dari Singapura bagi penghasilan vaksin terutamanya berkaitan penyakit berjangkit.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin dengan kerjasama antara pakar dari negeri ini dan Singapura mampu menghasilkan vaksin terutamanya bagi penyakit berjangkit di kawasan tropika yang diterima dunia.

“Sarawak mungkin boleh menghasilkan vaksin tertentu untuk penyakit berjangkit, ini sedang dilakukan pasukan saintis dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama-sama saintis bersekutu kita dari Singapura.

“Singapura mempunyai hubungan yang baik dengan John Hopkins, ini bermakna melalui semua rangkaian ini kita boleh melakukan saintifik menyelidik bahan mentah dan menghasilkan vaksin yang diterima dunia yang mana ia melibatkan proses yang panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Sunday Morning with Premier 2.0 bersama usahawan-usahawan Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dialog itu yang dianjurkan oleh Dayak Daily dan Pertubuhan Wartawan Bebas Kuching (Pewarta) menyaksikan kehadiran usahawan-usahawan muda dari dalam dan luar negara.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pusat penyelidikan Sarawak juga akan mencontohi syarikat biologi terkemuka dunia dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan.

“Apabila saya melawat Samsung Biologics, saya dapati makmalnya sangat besar dan mereka menyasarkan pengeluaran ubat-ubatan bersama-sama dengan Amerika Syarikat.

“Mereka sedang hasilkan ubat yang disasarkan pada sel kanser, kanser mungkin menjejaskan sel yang lain, tetapi mereka ingin menghasilkan ubat yang disasarkan khusus pada sel itu sahaja dan ia tidak memberi kesan kepada sel yang lain.

“Saya harap pusat penyelidikan kita akan menjadi seperti itu supaya kita boleh menghasilkan banyak ubat-ubatan sekali gus dapat meningkatkan industri farmaseutikal kita,” jelasnya.

Abang Johari menambah, sekiranya Sarawak berjaya menghasilkan vaksinnya sendiri, beliau mengalu-alukan syarikat farmasi di negeri ini untuk menjadi peruncit kepada pengeluaran vaksin berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan