Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (Redeems), Datuk Peter Nansian Ngusie menyampaikan cenderamata kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Karnival Gawai Redeems 2023 malam tadi. Foto: TVS

Sarawak berada di landasan betul, rangsang dan perkukuh ekonomi – Abang Johari

BAU, 9 Julai: Status sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi tidak memberikan sebarang erti jika negeri tersebut masih memiliki pendapatan isi rumah yang rendah.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, indikasi sebuah negeri maju dinilai berdasarkan Pendapatan Dalam Negara Kasar (GNI) perkapita bukannya pendapatan isi rumah di negeri terbabit yang mana Sarawak sudahpun melebihi standard yang ditetapkan.

Menurutnya, indikator tersebut sesuatu yang baik bagi Sarawak, kerana negeri ini berada pada landasan yang betul dalam merangsang dan membangunkan seterusnya memperkukuhkan kedudukan ekonominya.

Fahami PCDS 2030, tingkat taraf hidup – Uggah

“Ini bermakna kita mempunyai pendapatan tambahan dan kita perlu mengagihkan kekayaan kepada rakyat secara umum.

“Kalau tidak ia adalah imparatif negara mempunyai pendapatan yang besar tetapi pendapatan isi rumah masih rendah.

“Dalam senario ini adalah apa yang harus kita lakukan, apabila kita mempunyai pendapatan yang lebih kita harus agihkan semula pendapatan tersebut kepada kumpulan sasaran kita,” katanya.

Sarawak berpendapatan tinggi hasil kestabilan politik negeri, inisiatif Premier cari dana – Rosey

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Karnival Gawai Redeems 2023 di sini malam tadi.

Abang Johari berkata, bagi melaksanakan usaha tersebut, Sarawak harus mempunyai instrumen pengurusan kewangan yang mampan dan telus.

“Bagi meningkatkan pendapatan isi rumah, ia haruslah di mulakan dengan penyediaan infrastruktur asas yang berupaya menyokong dan memperkasakan aktiviti ekonomi setempat,” ujarnya.

Oleh demikian, katanya, Plan Strategi Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dirangka oleh Sarawak adalah berdasarkan tiga tunjang utama pelan strategi tersebut iaitu, kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kemampanan alam sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan