Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh ketika hadir pada Ekspo Pendidikan Zon Tanjung Manis di SMK Belawai. Foto: TVS

RM335,000 jana aktiviti PIBG Kuala Rajang

TANJUNG MANIS, 9 Julai: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang menerima sumbangan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang keseluruhannya berjumlah RM335,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM190,000 disalurkan kepada penerima di Zon Sarikei manakala, RM145,000 lagi untuk Zon Tanjung Manis.

Geran Kerajaan Sarawak itu katanya, bertujuan untuk membantu membiayai aktiviti sekolah berkenaan sepanjang tahun ini.

“Saya berharap pemberian geran ini melicinkan lagi pelaksanaan program yang sudah dirancang. Kita bersedia untuk menambah jumlahnya, namun mereka perlu membuat perancangan dan permohonan lebih awal supaya dapat dimajukan kepada pihak Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU),” katanya kepada media semalam.

Beliau berkata, PIBG berperanan penting sebagai platform terbaik bagi ibu bapa dan guru untuk bekerjasama, merancang aktiviti dan menyelesaikan sebarang masalah.

Malah katanya, tanggungjawab PIBG bukan sekadar penghubung antara sekolah dengan ibu bapa sebaliknya tunjang kekuatan bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saya difahamkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di DUN Kuala Rajang juga amat baik dan cemerlang,” ujarnya.

Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan itu di Sarikei sebelum menghadiri Program Ekspo Pendidikan di SMK Belawai.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan