Search
Close this search box.
Hasbi menyerahkan bantuan Yayasan Sarawak kepada pelajar cemerlang. Foto: TVS

Yayasan Sarawak komited bantu anak Sarawak lanjut pelajaran ke peringkat tertinggi

LIMBANG, 8 Julai: Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak menubuhkan institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran di Sarawak dalam menyediakan prasarana pendidikan kepada anak-anak Sarawak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, penubuhan prasarana pendidikan itu adalah merupakan satu usaha berterusan agar anak-anak Sarawak berupaya untuk melanjutkan pelajaran baik pembelajaran bercorak akademik mahupun kemahiran.

Beliau berkata, selain itu Yayasan Sarawak turut menganjurkan Program Promosi Pendidikan di semua daerah di Sarawak yang merupakan satu usaha untuk memastikan semua pelajar khususnya lepasan SPM dan STPM mendapat maklumat terkini mengenai peluang pendidikan yang ada di Sarawak.

“Inisiatif Yayasan Sarawak menganjurkan program promosi Pendidikan di semua daerah di Sarawak merupakan satu usaha untuk memastikan semua pelajar khususnya lepasan SPM dan STPM mendapat maklumat terkini mengenai peluang Pendidikan yang ada di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telahpun menubuhkan institusi pengajian tinggi dan institusi kemahirannya di Sarawak dan penubuhannya merupakan satu usaha agar anak-anak kita Sarawak berupaya untuk melanjutkan pelajaran masing-masing baik pembelajaran bercorak akademik mahupun kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak anjuran Yayasan Sarawak di dewan Kampung Pabahanan hari ini.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, pelajar Sarawak yang berupaya melanjutkan pelajaran di institusi berkenaan juga layak mendapat penajaan Yayasan Sarawak.

“Asalnya memenuhi kriteria yang diperlukan. Ini bermakna masalah kewangan bukanlah menjadi satu isu utama untuk kita meningkatkan diri kita.

“Oleh sebab itulah, ekspo ini mampu menjadi landasan untuk kita mendapatkan maklumat terkini mengenai kursus-kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan melalui pembabitan institusi berkenaan.

“Kehadiran Yayasan Sarawak dalam ekspo juga, membolehkan kita mendapat maklumat mengenai penajaan yang disediakan oleh mereka,” katanya lagi.

Kata Hasbi lagi, inisiatif penganjuran ekspo di semua daerah mampu mengelakkan isu pelajar tercicir untuk melanjutkan pelajaran masing-masing disebabkan soal logistik atau jauh terpencil dan sebagainya, walaupun pelajar mempunyai kelayakan yang sesuai.

Hasbi dalam pada itu mahu semua pelajar agar menggunakan dan memanfaatkan peluang berkenaan dengan sebaik-baiknya, khususnya lepasan SPM, untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan