Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ismail Abang Saufi (tengah) merasmikan Pusat Servis Easy Care Warranty Garage di Jalan Keruing, Kuching, semalam. Foto: PEKEMA.

PEKEMA optimis tarik penyertaan tempatan dalam industri EV di Sarawak

KUCHING, 9 Julai: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak optimis untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan tempatan bagi industri kenderaan elektrik (EV) di negeri ini.

Presidennya, Datuk Ismail Abang Saufi berkata, ekosistem EV di Sarawak semakin menggalakkan dengan inovasi tenaga hijau dan pembangunan fasiliti yang kondusif untuk pasaran tersebut.

Jelasnya, kerjasama dengan syarikat swasta juga akan diperluaskan terutama bagi menyediakan perkhidmatan pengecasan elektrik (EC) di stesen-stesen yang strategik.

“Di peringkat pusat saya percaya ia akan melibatkan Sarawak juga, kita telah berbincang dengan beberapa badan tertentu yang akan bekerjasama dengan kita untuk membuka lebih banyak stesen pengecasan termasuk di stesen minyak.

“Bermakna ia akan menjadi bukan sahaja untuk tempat untuk mengisi minyak tetapi juga ada kawasan khusus untuk pengecasan elektrik kerana kalau kita hendak buat stesen pengecas kita perlu pergi ke tempat lain.

“Satu EC akan memakan masa selama satu hingga dua jam, jadi kalau lebih masa, apakah yang kita dapat lakukan sementara menuggu ia dicas penuh, jadi perlu ada kelainan termasuk tempat makan dan sebagainya, itu yang kita sedang usahakan ketika ini,” katanya.

Pelancaran Pusat Servis Easy Care Warranty Garage di Jalan Keruing, Kuching, semalam. Foto: PEKEMA.

Sementara itu, PEKEMA yakin sokongan di peringkat pusat juga mampu merancakkan penyertaan industri EV selain mewujudkan geran khas kepada setiap ahli.

“PEKEMA pada masa ini di peringkat pusat kita telah berhubung dengan pihak tertentu MIDF, dan juga MITI untuk mendapat bantuan geran dari KWADAP ialah satu dana yang ditubuh khas untuk membantu ahli PEKEMA.

“Dana itu bukan dari kerajaan tetapi dari ahli-ahli PEKEMA sendiri kerana setiap Lesen Import (AP) yang kita dapat, kita bayar RM10,000 jadi ia telah dikumpul yang bertujuan untuk mengembangkan perniagaan ahli-ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran Pusat Servis Easy Care Warranty Garage di Jalan Keruing di sini pada Sabtu.

Sebagai satu-satunya pusat servis kenderaan elektrik (EV) di Sarawak, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat ECW, Ahmad Yusuf Ibrahim percaya perkhidmatan itu akan menyokong komuniti EV tempatan.

Jelasnya, ia juga satu bentuk komitmen pihak swasta untuk mempercepatkan pertumbuhan pasaran EV sekali gus memajukan industri automotif di Sarawak.

“Boleh kita katakan 90 peratus pemegang AP atau pengedar kenderaan terpakai yang ada di sini menyokong kita dengan membeli waranti dengan kita untuk pelanggan yang membeli kenderaan daripada pengedar.

“Kita menyediakan perkhidmatan selepas jualan, maksudnya pengedar boleh fokus kepada jualan sahaja, urusan tuntutan kerosakan dan masalah atau isu kenderaan boleh dirujuk kepada kita, pasaran di Sarawak besar, sebab itu kita lebarkan sayap ke Kuching selepas beberapa lokasi di Semenanjung,” katanya.

Sebagai pusat servis EV yang seumpamanya di Kuching, ECW Garage menawarkan pelbagai perkhidmatan khusus yang bersesuaian dengan kenderaan elektrik termasuk penyelenggaraan, pembaikan, diagnostik, dan kemas kini perisian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan