Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Perasmian Falak Nusantara di Tebingan Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni

Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pendapatan isi rumah menjelang 2030

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Julai: Kerajaan Sarawak kini dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah menjelang tahun 2030, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Malah, katanya, ia tidak mustahil untuk dicapai lebih awal dengan pengiktirafan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia baru-baru ini.

“Perlu diketahui bahawa pendapatan isi rumah dan pendapatan negeri adalah berbeza. Kita (Sarawak) bakal mengumpulkan pendapatan ini dan akan diberikan semula kepada rakyat menerusi dasar pembangunan kita yang kian meningkat.

“Ia juga merangkumi pembinaan infra dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Falak Nusantara di Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, sektor pembuatan dijangka menjadi sektor yang tertinggi dalam menyumbang kepada pendapatan tertinggi di negeri ini.

“Menerusi projek metanol yang bakal beroperasi awal tahun depan, kita sudah ada asas kimia untuk menghasilkan industri hiliran berasaskan metanol, dengan ini sektor pembuatan bertambah.

“Ini sudah pasti akan meningkatkan pendapatan negeri seterusnya menghasilkan gaji yang tinggi kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam masa sama, Abang Johari ketika ucapannya berkata, Penubuhan Pusat Astronomi Borneo di Sarawak bakal menggalakkan usaha pakar dengan kerjasama pihak lain untuk melaksanakan kajian lanjut dalam bidang astronomi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan