Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Gambar hiasan: Envato.

Kanak-kanak perempuan maut, basikal langgar lori sampah

ByBernama

SEREMBAN, 8 Julai: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas basikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar tayar belakang sebuah lori sampah di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa Aminah Mohd Hafis yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati, lori sampah jenis Mitsubishi yang dipandu lelaki berusia 55 tahun sedang memasuki selekoh untuk mengutip sampah di kawasan berkenaan sebelum mangsa yang dari rumahnya secara tiba-tiba meluru sehingga terlanggar bahagian kanan tayar lori terbabit.

“Pemandu lori itu kemudiannya turun dan mendapati penunggang basikal tersebut berada di bawah tayar belakangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan