Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew semasa sesi bergambar bersama para pelajar dan hadirin yang hadir. Foto: TVS.

Ekspo Pendidikan Sarawak elak isu pelajar tercicir lanjut pelajaran

MIRI, 8 Julai: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew optimis Ekspo Pendidikan Sarawak di Miri akan membantu mengelakkan isu pelajar tercicir disebabkan masalah logistik atau lokasi.

Menurutnya, penganjuran ekspo di pelbagai daerah di Sarawak menjadi platform yang sesuai untuk pelajar mendapatkan maklumat terkini mengenai kursus dan penajaan yang disediakan.

Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, menyampaikan Syariah Cemerlang SPM Pelajar Sarawak kepada salah sebuah sekolah. Foto: TVS.

“Ekspo ini mampu menjadi landasan untuk kita mendapatkan maklumat terkini mengenai kursus-kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan melalui pembabitan institusi berkenaan. Kehadiran Yayasan Sarawak dalam ekspo ini, membolehkan kita mendapat maklumat mengenai penajaan yang disediakan mereka.

“Saya amat berbangga sebab inisiatif penganjuran ekspo di semua daerah mampu mengelakkan isu pelajar tercicir untuk melanjutkan pelajaran disebabkan soal logistik atau jauh terpencil dan sebagainya, walaupun pelajar mempunyai kelayakan yang sesuai,” katanya pada Ekspo Pendidikan Sarawak di sini, hari ini.

Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menerima cenderamata dari Wakil Yayasan Sarawak, Syafina Abdul Rahman. Foto: TVS.

Beliau juga meminta pelajar untuk memanfaatkan bimbingan dan nasihat yang diberikan oleh wakil-wakil institusi untuk perancangan masa depan supaya dapat mengambil kursus yang disasarkan.

Sebastian juga menasihatkan kepada generasi muda untuk mengambil peluang yang ada dan melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan selari dengan kehendak semasa untuk bersama-sama membangunkan dan membentuk hala tuju negeri dan negara.

Berpaksikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan amat diperlukan lantas generasi muda Sarawak merupakan aset penting untuk mengisi kekosongan berkenaan yang akan menjamin kerjaya mereka, sekali gus membentuk negeri yang maju. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan