Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penaung Diraja Euroasia Association of Performing Arts, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz bersama 67 pelajar Prodigy Music Centre di Majlis Penganugerahan Prodigy di Chemsain, Kuching. Foto: Nazirah Adlina (TVS).

Angkat martabat pendidikan muzik melalui Prodigy Royal Festival 2023

ByAdlina Rahman

KUCHING, 8 Julai: Seramai 67 pelajar di bawah Prodigy Music Centre telah menerima anugerah dalam pelbagai kategori di bawah Associated Board of The Royal School of Music (ABRSM).

Ketua Pegawai Eksekutif Prodigy Music Centre, Sharnaz Saberi berkata, penganugerahan tersebut merupakan usaha Prodigy untuk mengiktiraf pelajarnya yang telah lulus peperiksaan muzik ABRSM.

Ketua Pegawai Eksekutif Prodigy Music Centre, Sharnaz Saberi. Foto: Faitullah Morni (TVS).

“Semua sijil anugerah ini adalah dari badan ABRSM dan bukan Prodigy. Ini merupakan inisiatif Prodigy untuk mereka (pelajar) tahu kita (Prodigy) juga mempunyai inisiatif sebagai sekolah muzik. Kita panggil lagi seorang putera, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz untuk menyampaikan anugerah itu kepada mereka. Ini adalah kali pertama di Sarawak, kita menempah sejarah di sini, melalui Prodigy Royal Festival,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Penyampaian Anugerah Prodigy, di Chemsain di sini, hari ini.

Majlis Penyerahan Anugerah diserikan dengan kehadiran Penaung Diraja Euroasia Association of Performing Art, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz.

Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz membuat persembahan piano di Majlis Penganugerahan Prodigy, di Chemsain, Kuching. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Turut hadir Pengasas Euroasia Association of Performing Arts, Angel Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang, Ketua Eksekutif Sarawak Media Group, Rizal Zulkapli dan Profesor Madya Dr Andrew Filmer dari Sunway University.

Selain itu, menyentuh mengenai inisiatif Prodigy dalam mengangkat martabat bidang pendidikan muzik di Sarawak, beliau berkata, usaha itu mampu dicapai melalui penganjuran Prodigy Royal Festival 2023.

“Kerana kita tidak berada di takuk lama lagi. Kita perlu memberi dorongan kepada generasi kini untuk hidupkan semula bidang seni dan menilai apa yang salah. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, PCDS 2030, untuk menjadi masyarakat yang mempunyai inklusiviti. Jadi bagaimana dengan seni dan pemuzik kita? Adakah kita masih berada di takuk lama?

“Jadi Prodigy mahu ubak landskap itu. Kami mahu mulakan dengan generasi muda dan bina mereka. Sebab itu kami bawakan yang terbaik dari Malaysia seperti Angel Lee dan Dr Andrew untuk membentuk orang kita,” jelas beliau.

Profesor Madya Dr. Andrew Filmer dari Sunway College membuat persembahan di Majlis Penganugerahan Prodigy di Chemsain, Kuching. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Penganjuran Prodigy Royal Festival merupakan kolaborasi antara Prodigy dan Euroasia Association of Performing Arts yang mana ia bertujuan untuk mempromosikan pendidikan muzik dan nilai inklusif.

Selain Prodigy Award Ceremony, festival yang diadakan selama 3 hari mulai 6 hingga 8 Julai ini menghimpunkan pelbagai program seperti Bengkel Orkestra Prodigy, Individual Strings Masterclass, Sunway University School Of Arts Educational Talk, Book Signing and Mini Performance serta Prodigy Royal Gala Dinner. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan