Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim menunjukkan Buku Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, Sarawak Maju Makmur pada sidang media di Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Buku 60 Tahun Sarawak Merdeka, Sarawak Maju Makmur dilancarkan 22 Julai ini

ByOdleen Catherny

KUCHING, 6 Julai: Buku Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, Sarawak Maju Makmur akan dilancarkan sempena sambutan Hari Sarawak yang akan disambut pada 22 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka, di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang bermula dari Lawas dan masih berlangsung ketika ini mendapat sambutan baik dalam kalangan penduduk tempatan di kawasan-kawasan yang disinggahi.

Pihaknya bersama jawatankuasa terlibat juga telah bermesyuarat hari ini untuk mengemaskini dan memperhalusi persiapan pada hari kemuncak nanti.

Antara acara kemuncak yang akan berlangsung pada 22 Julai nanti ialah Acara Perhimpunan dan Perarakan di Padang Merdeka Kuching serta Konsert Rakyat dan pertunjukan bunga api.

Abdul Karim berkata, Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka diteruskan lagi dengan mengadakan acara perarakan kapal berhias yang bakal disertai oleh 22 kapal berhias pada 29 Julai.

Selain itu, perarakan turut diadakan di Kuching, Sibu dan Miri pada Ogos nanti.

Hadir sama pada sidang media, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan