Search
Close this search box.
Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Dialog TVS yang dihoskan oleh Najib Imran dan Nisa Kasnoon. Foto: TVS

Ahli Parlimen perlu faham peranan dan fungsi mereka – Wan Junaidi

ByAkma Salleh

KUCHING, 6 Julai: Ahli Parlimen perlu mempunyai ilmu meluas, memahami peranan mereka serta fungsi dalam mentadbir urus sesuatu perkara.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jika mereka memahami peranan itu, maka baharulah tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Kadang-kadang, bila kita (Ahli Parlimen) dilantik, kita (Ahli Parlimen)  fikir ‘im there’ tak perlu belajar. Tak perlu tahu ilmu lain lagi.

“Lain bagi saya. Saya misalnya sebelum nak duduk atau memegang sesuatu jawatan, saya perlu mengetahui ilmu itu dulu,” katanya dalam Program Dialog TVS yang disiarkan malam ini.

Menurutnya, tanggungjawab Ahli Parlimen mesti diketahui. Dengan ilmu tentang peranan, Ahli Parlimen dapat melaksanakan tugas dengan baik.

“Sebelum dilantik, mereka perlu tahu apa sejarah, peraturan, dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) turut mengingatkan setiap Ahli Dewan Negara supaya mengetahui fungsi serta tanggungjawab Parlimen.

Ujarnya, adalah menyedihkan jika ilmu yang ada hubung kait dengan Parlimen tidak difahami Ahli Dewan Negara. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan