Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Memperoleh pendapatan lima angka dan menggunakan kaedah baharu seperti dron, merupakan antara  pendekatan untuk menarik generasi muda menceburi sektor pertanian di Sarawak. Foto hiasan: Envato

Pendapatan lima angka, teknologi baharu mampu pikat belia Sarawak ceburi bidang pertanian – Sirai

ByBernama

SIBU, 5 Julai: Memperoleh pendapatan lima angka dan menggunakan kaedah baharu seperti dron, merupakan antara  pendekatan untuk menarik generasi muda menceburi sektor pertanian di Sarawak.

Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Negeri Sirai Daha berkata belia Sarawak perlu terlibat dalam sektor pertanian bagi mencapai aspirasi negeri itu untuk menjadi pengeksport makanan menjelang 2030.

“Bidang pertanian perlu dijadikan lebih menarik seperti penggunaan dron…atau penggunaan mesin seperti kereta (pertanian) yang mereka berasa lebih seronok apabila menggunakannya,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Pertanian di sini hari ini.

Beliau berkata ramai belia tidak berminat menceburi bidang pertanian kerana beranggapan bahawa ia pekerjaan yang sukar selain maklumat salah mengenai pendapatan yang boleh dijana daripada sektor berkenaan.

Menurutnya, usaha menjadikan pertanian sebagai satu aktiviti perniagaan, bukan sahaja terhad kepada aktiviti huluan atau pengeluaran bahan mentah, tetapi juga aktiviti hiliran seperti pemprosesan makanan yang boleh menjana pendapatan tambahan.

Sirai berkata keengganan sesetengah petani berjaya untuk mendedahkan pendapatan sebenar mereka, walaupun menikmati pendapatan bersih bulanan antara RM9,000 dan RM20,000 selepas menyertai projek hasil daripada inisiatif kerajaan, turut mengekang generasi muda daripada menceburi bidang pertanian.

“Mereka (petani) kata  ‘cukup makan’ (pendapatan mereka tidak seberapa) dan (mereka) berkata demikian kerana mahu terus menerima bantuan tunai atau input daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui kemudian, beliau berkata satu kajian akan dijalankan kementerian mengenai kemungkinan untuk mewujudkan kawasan seluas 40,000 hektar antara Ngemah di Kanowit dan Song di Kapit sebagai Sarawak ‘Dabai Belt’.

Beliau berkata kajian untuk menjadikan kawasan itu yang terkenal dengan pengeluaran besar-besaran bagi isi buah dabai, sejenis buah bermusim di Sarawak, akan dimulakan seawal Ogos tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan