Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn mendengar penjelasan seorang pelajar yang menyertai Program Teater Mini STEM di SMK Tun Abdul Razak, Siburan, hari ini. Foto: TVS

Pembabitan pelajar dalam STEM di Sarawak masih rendah – Sagah

KUCHING, 5 Julai: Pembabitan pelajar sekolah menengah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih rendah, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurutnya, angka 28 peratus pembabitan golongan ini masih rendah berbanding sasaran peringkat nasional 60 peratus.

Datuk Roland Sagah Wee Inn mendengar penjelasan seorang pelajar yang terlibat dalam pameran STEM pada Program Teater Mini STEM. Foto: TVS

“Sebab itu kita banyak laksanakan program selain memerlukan bantuan daripada persatuan yang ada kaitan dengan sains termasuk institusi pengajian tinggi, pusat kemahiran teknikal untuk membantu kita dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Teater Mini STEM di SMK Tun Abdul Razak di Siburan, dekat sini, hari ini.

Kementeriannya, akan meneruskan komitmennya bekerjasama dengan pemegang taruh berkaitan dalam meningkatkan penglibatan pelajar sekolah dalam bidang STEM.

Penekanan terhadap STEM adalah selaras dengan inisiatif kerajaan negeri menerusi Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dalam melahirkan generasi intelektual.

Sementara itu, Presiden Persatuan STEM Nasional, Profesor Dr Noraini Idris berkata pendedahan awal serta penguasaan dalam bidang STEM disifatkan penting bagi menampung keperluan dalam penerokaan teknologi baharu.

Menurutnya, Sarawak kini ini mempunyai bidang fokus terutama dalam teknologi hijau.

Namun katanya, untuk mengisi ruang dan peluang yang disediakan itu, tenaga kerja perlu didedahkan dengan STEM yang merangkumi subjek fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan.

“Persatuan STEM Nasional bekerjasama dengan pihak kementerian untuk membantu meningkatkan lagi minat pelajar dalam aliran sains dan sekarang Sarawak ada bidang fokus untuk meningkatkan dalam tenaga boleh diperbaharui, biodiversiti dan hidrogren,” katanya.

Malah langkah Sarawak menuju ke arah teknologi kecerdasan buatan (AI) juga memerlukan STEM sebagai tunjang untuk meningkatkan penguasaan bidang tumpuan.

“Kalau nak pegi ke dalam AI, anak-anak ini perlu menguasai dalam fizik, kimia, biologi matematik tambahan jadi ini merupakan program yang disokong oleh kementerian untuk melahirkan pencipta muda ke arah minat terhadap STEM ditingkatkan lagi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan