Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sudarnoto Osman pada Majlis Pelancaran Program Road2Growth di Kuching, hari ini. Foto: Yusuf Shukri (TVS)

Makmal Prototaip IR4.0 bakal beroperasi hujung tahun ini – Sudarnoto

ByYusuf Shukri

KUCHING, 5 Julai: Makmal prototaip Revolusi Industri Keempat (IR4.0) akan beroperasi penuh hujung tahun ini untuk membangunkan tiga teknologi yang penting dalam pendigitalan Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sudarnoto Osman, tiga teknologi terbabit adalah robotik, perubatan dan pengubahsuaian.

“Lokasi telah dikenal pasti di Pusat Komersial Royal Bay di Bintawa.

“Kita telah memilih kawasan ini kerana kita tidak perlu membina fasiliti yang baharu, tetapi hanya mengubahsuai dan menggunakan mesin dan peralatan yang sudah sedia ada untuk mendapatkan data yang diperlukan

“Ini sekali gus akan memudahkan proses transisi pendigitalan Sarawak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Road2Growth anjuran Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) di sini, hari ini.

Berkenaan dengan pembangunan teknologi robotik, beliau berkata ia sangat penting bagi mengurus kos tenaga buruh yang semakin meningkat.

Dengan kemudahan robotik, ia akan dapat menjimatkan kos sektor pembuatan dan pertaniaan, tambah Sudarnoto lagi.

“Dari segi teknologi perubatan pula, kita tahu bahawa ramai pengunjung daripada Indonesia datang ke Sarawak untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya.

“Kita tahu potensi kesemua industri ini besar tetapi pembangunan makmal prototaip ini tidak akan tertakhluk kepada tiga teknologi ini sahaja, ia akan dikembangkan lagi kelak secara berperingkat,” katanya.

Makmal prototaip IR4.0 tersebut merupakan projek kolaborasi antara SDEC dan MTDC yang telah dimeterai melalui satu perjanjian persefahaman (MoU) tahun lepas.

Turut hadir adalah CEO MTDC, Mohammad Hazani Hassan, Lembaga Pengarah MTDC, Christina Foo dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Dr Siti Noor Linda Taib. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found