Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika melakukan lawatan kerja ke projek pembinaan bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak di Kota Samarahan, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

M-FICORD komited capai matlamat Sarawak sebagai pengeksport makanan

ByRegina Lee

KOTA SAMARAHAN, 5 Julai: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) komited dalam merealisasikan matlamat negeri ini sebagai pengeksport makanan menjelang 2030.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata sejajar dengan matlamat, pihaknya menekankan tentang pentingnya mempunyai rantaian bekalan dan nilai yang lengkap dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam memajukan sektor pertanian.

Beliau berkata kerjasama semua pihak diperlukan agar produk pertanian dapat dipasarkan tepat pada masanya kepada pelanggan di samping menjaga keterjaminan kualiti produk.

“Jabatan Pertanian boleh membantu agensi lain yang melibatkan R&D dan pengeluaran di mana kita perlukan Pegawai Bidang Khas (PBK), petani dan sebagainya untuk meningkatkan produktiviti.

“Sarawak masih belum mempunyai kilang yang menjadi ‘off-taker’ untuk semua hasil pertanian ini, satu-satunya cara untuk untuk mencapai pasaran luar ialah kita perlu mempunyai produk siap.

“Jadi kita perlu meneliti dengan lebih serius dalam proses hiliran,” katanya dalam lawatan kerja ke projek pembinaan bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata bahawa projek pembinaan PPNS dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.

Ujarnya, projek itu sudah mencapai 72 peratus siap dan progres pembinaan berjalan dengan lancar dan pantas.

“Fungsi kawasan ini (PPNS) sangat penting sebagai pusat pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan dan sebagainya untuk seluruh Sarawak.

“Saya diberitahu bahawa bangunan ini akan siap sebelum 31 Ogos,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan