Search
Close this search box.
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dolhadi Marzuki (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Teknikal dan Penyelarasan Jawatankuasa Tetap Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Bahagian Serian dan Samarahan di Dewan Suarah, Kota Saamrahan hari ini. Foto: TVS

Kota Samarahan jadi lokasi persinggahan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka 15 Julai ini

KOTA SAMARAHAN, 5 Julai: Bahagian Samarahan yang dahulunya sebuah kawasan terpencil kini muncul menjadi ‘Kota Ilmu’ di Sarawak bakal menjadi lokasi persinggahan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka sempena Program Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan pada 15 Julai ini.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dolhadi Marzuki berkata, pelbagai program telah dirangka bagi menyambut ketibaan konvoi berkenaan diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menunggang sendiri motosikal berkuasa tinggi bersama dif-dif kenamaan yang lain.

“Mereka diringi peserta konvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi, pacuan empat roda(4WD), motosikal, bas, motorhome, ambulans serta kenderaan kerajaan bergerak dari Bahagian Serian dijangka tiba di pekarangan Pusat Membeli-Belah The Summer sekitar jam 2.30 petang.

“Lebih 1,000 masyarakat pelbagai peringkat umur akan sama-sama memeriahkan lagi Program Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka ini,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Teknikal dan Penyelarasan Jawatankuasa Tetap Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Bahagian Serian dan Samarahan di Dewan Suarah di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, antara yang turut diadakan untuk pengisian program ialah Pameran Digital, Samarahan Kitchen/Gerai Usahawan, pameran aerobathon, pertandingan mewarna, pertandingan nopeng dan pentas rakyat,

“Premier Sarawak akan turut meluangkan masa di majlis jamuan bersama rakyat di Bahagian Samarahan. Antara yang menarik ialah tetamu akan dihidangkan dengan buah-buahan tempatan.

“Premier Sarawak juga akan melawat Pameran Digital dan menyantuni gerai jualan yang diadakan pada program itu,” ujarnya.

Katanya, pelancaran Program Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan akan disempurnakan  Ahli Parlimen Kota Samarahan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang pada 14 Julai 2023.

“Pada 16 Julai konvoi akan bergerak ke Daerah Asajaya, Daerah Kecil Sadong Jaya dan Daerah Sebuyau sebelum kembali semula ke Daerah Samarahan.

“Sementera itu, pada 17 Julai di Daerah Samarahan peserta konvoi akan mengadakan lawatan ke perusahaaan kecil Aju Cendol di Kampung Empila dan perusahaaan kerepek Kampung Tanjung Parang sebelum bergerak ke Daerah Simunjan Dan Daerah Gedong meneruskan konvoi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan