Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datuk Misnu Taha yang mengetuai delegasi Majlis Islam Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Karnival Falak Nusantara di Tebingan Kuching hujung minggu ini

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 5 Julai: Karnival Falak Nusantara akan diadakan di Tebingan Kuching pada 7 dan 8 Julai ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha berkata karnival berkenaan akan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, karnival anjuran Jabatan Mufti Negeri Sarawak itu bertujuan menyebarkan kesedaran tentang kepentingan astronomi, terutamanya kepada generasi muda.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Karnival itu juga bertujuan untuk mendedahkan kaitan antara perubahan iklim dunia dan ilmu falak.

“Saya menyeru kepada semua umat Islam di Sarawak, khususnya yang berminat dalam bidang astronomi agar datang beramai-ramai ke karnival ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan