Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menerima cenderamata daripada Pengarah JWKS, Salmah Jobeli pada Majlis Sesi Libat Urus Bersama Wanita Miri di Miri, semalam. Foto: TVS.

Tiga geran disediakan untuk usahawan wanita Sarawak

MIRI, 4 Julai: Tiga geran disediakan kerajaan melalui Jabatan Keluarga dan Wanita Sarawak (JKWS) boleh dimanfaatkan oleh wanita yang ingin memulakan perniagaan mereka.

Tiga geran tersebut merupakan Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWAS), Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak dan Geran Pemerkasaan Persatuan Bukan Kerajaan (NGO).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, geran tersebut adalah bagi mereka yang merupakan golongan B40 dan bukan sahaja bagi mereka yang hendak mula berniaga, tetapi juga bagi yang memerlukan peralatan.

“Geran ini diperuntukkan oleh kerajaan dari Jabatan Keluarga dan Wanita Sarawak (JKWS). Ada tiga jenis geran yang boleh dimanfaatkan oleh wanita iaitu satu ialah geran RM500 untuk modal bagi yang baru hendak mula berniaga khususnya untuk ketua isi rumah di bawah B40.

“Ada antara peniaga kita yang sudah mula berniaga dan memerlukan peralatan yang lebih besar,” katanya pada Majlis Sesi Libat Urus Bersama Wanita Miri di sini, semalam.

Latihan kemahiran juga disediakan oleh JKWS secara talian dan bukan talian di bawah bidang jahitan, kulinari, kecantikan, spa dan urut.

Tambah Fatimah, Pusat Pengumpulan Sehenti (OSCC) di Samarahan juga ditubuhkan oleh kementerian beliau bagi membantu produk usahawanita untuk digred dan dipasarkan ke luar negeri Sarawak.

“Pusat ini ada inkubator, galeri bagi pameran produk dan tempat menerima produk ke pusat ini untuk digred dari segi kualiti, dibungkus, dipakej, dijenamakan dan dipasarkan luar Sarawak mengikut gred,” katanya lagi.

Fatimah menambah pangkalan data maklumat usahawanita yang telah dan belum dibantu diaktifkan di OSCC bagi pembekal perkhidmatan OSCC dapat mengumpulkan produk mereka dan memastikan produk tersebut mengikut kualiti yang ditetapkan.

Beliau juga menggalakkan para usahawanita untuk menyertai NGO berdaftar bagi memudahkan proses mendapatkan bantuan seperti geran dan premis untuk lesen perniagaan.

Pada masa yang sama beliau juga mengingatkan kepada para ibu yang baru bersalin untuk memohon Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) bagi meringankan beban kewangan mereka membesarkan anak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan