Search
Close this search box.
Mersal Abang Rosli menyampaikan replika cek kepada Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bau Raymond Jayasurya Jayaseelan bagi penganjuran Ekspo Pendidikan Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Tidak diterima masuk IPTA, universiti dan kolej milik kerajaan Sarawak masih ada

KUCHING, 4 Julai: Kajian menunjukkan tidak semua pelajar dari Sarawak berjaya dalam permohonan untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi Unit Pengambilan Universiti (UPU).

Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli yang berkata demikian, menambah mereka yang tidak berjaya boleh memohon memasuki universiti atau kolej dimiliki kerajaan Sarawak.

“Menerusi penganjuran Ekspo Pendidikan ini, Yayasan Sarawak berharap peluang ini akan digunakan oleh anak Sarawak untuk memilih melanjutkan pengajian di universiti atau kolej di Sarawak kerana kerajaan negeri telah menghabiskan jutaan ringgit untuk mewujudkan beberapa institusi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Ekspo Pendidikan Sarawak di Auditorium Yayasan Sarawak di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Yayasan Sarawak Louis Simon Peter, Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS Profesor Dr Shahren Ahmad Zaidi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Laila Taib Eric Wong Kwong Lee.

Ekspo berkenaan akan dianjurkan dengan kerjasama 45 Pejabat Daerah di seluruh Sarawak pada 8 Julai dari 8.30 pagi hingga 2 petang.

Antara universiti dibangunkan kerajaan Sarawak yang turut mengambil bahagian dalam ekspo tersebut iaitu Universiti Teknologi Swimburne Kampus Sarawak, Universiti Curtin Miri, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-CATS, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Kolej Laila Taib.

“Menerusi penganjuran Ekspo Pendidikan ini, Yayasan Sarawak berharap peluang ini akan digunakan oleh Anak Sarawak untuk memilih melanjutkan pengajian di universiti atau kolej di Sarawak kerana kerajaan negeri telah menghabiskan berjuta ringgit untuk mewujudkan beberapa institusi ini,” katanya lagi.

Selain menawarkan kemasukan segera pada ekspo tersebut, pelajar lepasan SPM juga akan dibantu dari sudut kewangan menerusi tajaan penuh atau pinjaman pelajaran dan bantuan bagi kemasukan ke universiti bernilai RM1,000.

Tahun lalu Ekspo Pendidikan seumpamanya diadakan di 43 daerah dan berjaya menarik lebih 13,000 pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan