Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing melakukan tinjauan sekolah di sekitar kawasan Meradong. Foto: TVS.

RTP antara pemangkin tingkat kualiti pendidikan di Meradong – Kuong Hiing

BINTANGOR, 4 Julai: Peruntukan geran Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang disalurkan Kerajaan Sarawak memberi impak yang besar kepada rakyat khususnya membantu meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, peruntukan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan pendidikan dengan menaik taraf prasarana sekolah sehingga mampu menyumbangkan peningkatan prestasi akademik Meradong.

Datuk Ding Kuong Hiing. Foto: TVS.

Katanya, Daerah Meradong menduduki lima senarai sekolah terbaik di Sarawak dalam keputusan SPM yang lalu sekali gus membuktikan kemampuan sebahagian besar pelajar di kawasan itu.

”Saya percaya bahawa RTP adalah salah satu sebab keputusan SPM di sesebuah sekolah bertambah baik. Hal ini kerana peruntukan yang diberikan digunakan untuk menambah baik kemudahan, infrastruktur dan persekitaran sekolah.

“Jadi saya akan terus membantu sekolah agar pelajar boleh menikmati persekitaran pembelajaran yang terbaik,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya, semalam.

Sehubungan itu, beliau juga akan meneruskan pemberian insentif pelajar cemerlang sebagai galakan kepada mereka untuk terus berjaya pada masa depan.

“Saya akan terus memberi insentif untuk pelajar yang memperolehi keputusan yang baik. Semoga semua sekolah memperolehi keputusan yang lebih baik pada setiap tahun supaya kita dapat melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan