Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ringgit lemah: Pakar saran bina semula keyakinan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 4 Julai: Nilai mata wang ringgit menyusut hampir enam peratus pada separuh pertama 2023 dan mencatat antara prestasi terburuk dalam kalangan mata wang negara Asia.

Menurut Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UITM) Sabah, Prof Madya Dr Firdausi Suffian, kejatuhan nilai tersebut hanya bersifat sementara dan dipengaruhi oleh faktor luaran.

“Situasi ini berkait-rapat dengan situasi global. Nilai ringgit bergantung kepada kuasa pasaran dan kita tidak ada kuasa untuk mengawal pasaran tersebut,” katanya ketika dihubungi TVS.

Justeru, beliau menyarankan agar kerajaan untuk melaksanakan dasar secara konsisten bagi memulihkan keyakinan pelabur antarabangsa.

“Apabila nilai ringgit jatuh, maka di sinilah kerajaan harus memainkan peranan untuk menzahirkan dasar yang konsisten bagi membina keyakinan.

“Hal ini kerana nilai ringgit bergantung kepada spekulasi dan jangkaan. Jika dasar berkenaan konsisten dengan dasar-dasar yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) atau Belanjawan 2023 yang mengurangkan kebergantungan import dalam sektor agro dan makanan, maka ini dapat mengukuhkan ekonomi kita,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyarankan agar kerajaan merebut peluang ini untuk merangsangkan ekonomi eksport negara serta memudahkan pelaburan dalam negara sebagai langkah jangka sederhana.

Menepis jangkaan bahawa kelemahan nilai ringgit akan membawa kepada kenaikan semula kadar Dasar Semalaman (OPR), beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi jaminan bahawa ia tidak akan berbuat sedemikian.

“BNM telah memberi komitmen untuk memastikan OPR kekal akomodatif kerana kenaikan akan memberi tekanan kepada pelabur dan juga peminjam.

“Ia juga memberi komitmen bagi memastikan kestablian harga institusi kewangan dan juga ekonomi yang mampan,” katanya.

Pada Isnin, Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menyatakan bahawa ringgit mencapai prestasi paling rendah dalam sejarah berdasarkan Kadar Pertukaran Efektif Benar (REER). -TVS

Tags: BNM, Ringgit

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan