Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim pada sidang media Majlis Anugerah Seniman Sarawak 2023 di Bangunan Baitulmakmur, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Penggiat seni Sarawak dihargai melalui Majlis Anugerah Seniman Sarawak 2023

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 4 Julai: Penggiat seni di Sarawak diiktiraf dan dihargai melalui Majlis Anugerah Seniman Sarawak 2023 anjuran Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia (MACPA) Kuching dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, majlis tersebut akan berlangsung pada 7 Julai ini di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Penganjuran majlis ini merupakan kali kedua selepas majlis yang sama diadakan pada tahun 2020, dengan tujuan memberikan pengiktirafan kepada pengorbanan dan jasa penggiat seni veteran dari era 50-an, 60-an, dan 70-an yang telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang seni dan budaya di Malaysia, terutamanya di Sarawak.

“Pada tahun ini, Anugerah Seniman Sarawak sekali lagi dianjurkan dan akan diberikan kepada beberapa kategori seniman, termasuk seni muzik dan nyanyian, seni lakonan dan teater, serta seni tari. Sebanyak 20 seniman veteran akan menerima anugerah dalam edisi kali ini,” katanya pada sidang media Majlis Anugerah Seniman Sarawak 2023 di Bangunan Baitulmakmur, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa penerima anugerah dipilih oleh juri dan pakar berdasarkan tahap pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang seni dan budaya, serta prestasi mereka dalam menyokong perkembangan seni dan budaya di Sarawak.

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai penghargaan untuk seorang seniman yang telah meninggal dunia, Abdul Karim menjawab bahawa terdapat segmen video yang bertajuk “Legenda” yang akan memaparkan sorotan kerjaya mereka dalam bidang seni.

“Dalam segmen tersebut, seniman-seniman tersebut yang telah lama meninggal dunia akan dihormati melalui rakaman video yang memaparkan sorotan terbaik dari kerjaya mereka dalam bidang seni. Segmen ini bertujuan untuk memperingati dan menghargai sumbangan penting yang telah mereka berikan kepada seni dan budaya Sarawak,” jelasnya.

Abdul Karim juga memberikan penekanan kepada kebajikan penggiat seni di Sarawak, menyatakan bahawa hal ini akan ditangani melalui ganjaran kewangan dan sumbangan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Sebelum ini, saya telah membawa perkara ini kepada perhatian media. Saya berharap agar terbentuk sebuah persatuan yang khusus untuk tujuan ini. Persatuan ini akan memberi perhatian kebajikan penggiat seni ketika mereka menghadapi kesulitan seperti masuk hospital, sakit, atau semakin uzur,” tambah Abdul Karim.

Abdul Karim juga menyeru semua pihak, terutama syarikat swasta, NGO, penyokong, dan aktivis seni, untuk mengambil inisiatif dan menyumbang dalam memelihara dan melindungi warisan seni yang diwarisi dari generasi terdahulu.

“Majlis Anugerah Seniman Sarawak 2023 diharapkan dapat membangkitkan semangat dan memberikan inspirasi kepada generasi muda Sarawak untuk terus berkarya dalam bidang seni dan membawa kecemerlangan bagi seni Sarawak di peringkat antarabangsa,” ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, kementeriannya akan terus memperjuangkan kebajikan dan penghargaan terhadap penggiat seni Sarawak serta memastikan penjagaan dan perkembangan seni dan budaya Sarawak menjadi agenda utama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan