Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama Ketua Kampung Long Leng Layun, Maister Lole selepas perasmian Tadika SeDidik Penan, hari ini. Foto: TVS

Abang Johari lulus RM2.25 juta naik taraf Rumah Panjang Long Leng

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 4 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan berjumlah RM2.25 juta bagi menaiktaraf Rumah Maister yang merupakan rumah panjang kaum Penan di Kampung Long Leng Layun, Baram, di sini, bagi keselesaan penduduk.

Menurutnya, Ketua Kampung Long Leng Layun sudah menghantar surat  permohonan berhubung perkara itu kepada beliau.

“Saya telah berbincang dengan wakil rakyat dan juga saya mendengar cerita daripada Dato Sri Fatimah Abdullah mengenai keadaan rumah panjang ini, jadi  saya luluskan permohonan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Tadika Sedidik Penan di Kampung Long Leng Layun hari ini.

Menjelas lanjut, Abang Johari menyifatkan penubuhan Tadika berkenaan sebagai satu pencapaian yang luar biasa memandangkan lokasi Kampung Long Leng Layun terletak jauh di pedalaman, iaitu kira-kira tujuh jam dari bandar Miri dan perlu melalui jalan balak.

“Sebanyak lima buah Tadika Sedidik Penan ditubuhkan dengan peruntukan sepenuhnya PETRONAS sebagai sebahagian daripada projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

“Dalam hidup ini, kita mestilah mempunyai ilmu untuk menghadapi masa hadapan kita. Jadi, kita hendak memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak kita,” jelas beliau.

Katanya, penubuhan Tadika berkenaan juga selari dengan dasar kerajaan negeri yang berhasrat untuk memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak walau di mana sahaja mereka berada.

“Saya percaya dengan asas pendidikan yang mantap dan cemerlang, anak-anak Penan mampu melakar kejayaan pada satu hari nanti., contohnya terdapat komuniti Penan kini berkhidmat sebagai Residen dan Pegawai Daerah.

“Kita ada seorang Residen dan Pegawai Daerah daripada masyarakat Penan. Sekarang ada orang Penan masih belajar PhD iaitu dua orang. Yang sudah tamat Sarjana Muda ada tiga orang dan seorang lagi masih belajar. Yang sudah ada Ijazah Sarjana Muda ada 142 orang dan 29 orang masih belajar. Diploma pula ada yang sudah. tamat belajar seramai 81 orang dan yang masih belajar ada 21 orang.

“Ini bermakna graduan Penan sekarang jumlahnya ialah 226 orang hanya dalam masa tiga dekad,” jelas beliau

Untuk rekod, lima Tadika berkenaan terletak di Long Leng, Long Kawa, Long Jenalong, Long Kerangan dan Ba’Selulong di bawah kendalian Sedidik.

Kerajaan Negeri mengambil alih  SeDidik di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti bermula 1 Julai 2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan