Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Pengerami Ngiling Tikai Rumah Panjang Enteri Lengkoi, Samu Ulu Paku Betong, hari ini. Foto: Mohd Nur Khairuddin

Premier Sarawak terima kunjungan hormat TPM

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 3 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau seterusnya dijadual menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kemajuan Desa dan Negeri Sarawak pada jam 11.30 pagi.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  tiba di Pangkalan Udara TUDM Kuching tepat jam 10.50 pagi semalam.

Beliau kemudiannya menghadiri beberapa program iaitu Majlis Ngiling Tikai di Sri Aman dan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Panjang Samu Ulu Paku Betong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan