Search
Close this search box.

Mukah disasar jadi hab usahawan belia

KUCHING, 3 Julai: Daerah Mukah disasarkan menjadi hab usahawan belia bagi memberi peluang golongan belia untuk menjalankan perniagaan dengan jenama tersendiri sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Wali Kota Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM), Kaunselor Aini Suhaili berkata, pihaknya mengenakan kadar sewa kedai yang berpatutan sekitar RM400 bagi menjayakan hab usahawan belia di Mukah, di samping meringankan beban peniaga.

“Kita (MDDM) berusaha mewujudkan satu hab usahawan untuk belia di Mukah yang kita jenamakan sebagai hab usahawan belia di mana kita memberi peluang golongan belia untuk berniaga. Hal ini kerana kita tahu kadar sewa  di premis kedai yang biasa agak mahal berbanding tawaran sewa yang kita keluarkan dalam sekitar RM400,” katanya ketika ditemui media pada kunjungan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah di Kuching petang semalam.

Katanya, hab usahawan belia ini juga bakal menjadi mercu tanda baharu untuk golongan belia di Mukah sekali gus menarik minat pelancong untuk datang ke Mukah ke arah mencapai Daerah Dalat dan Mukah sebagai destinasi pilihan pelancong pada tahun 2025.

“Mukah bakal mempunyai jenama sendiri apabila orang datang ke Mukah kerana di sini bakal menjadi tempat hab untuk usahawan belia. Biarlah hab usahawan belia ini menjadi satu mercu tanda baharu golongan belia di Mukah kerana mereka adalah pewaris bagi merancakkan ekonomi,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, hab usahawan belia adalah untuk perniagaan yang berpotensi menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke Mukah seperti KopiDu dan Barber Shop yang bakal mula beroperasi pada Julai ini.

Setakat ini, premis kedai masih dalam proses baik pulih dan sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan di hab usahawan belia, boleh datang memohon di MDDM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan