Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah memukul gong sebanyak tujuh kali ketika merasmikan program Gati Bisindi anjuran UKAS bersama penduduk Kampung Rituh Labuan, Serian. Turut kelihatan Datuk Willie Mongin dan Samuel Simon. Foto: TVS.

Sarawak terus komited perkasa pendidikan Sains di peringkat sekolah – Roland Sagah

SERIAN, 2 Julai: Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memperkasakan pendidikan di peringkat sekolah, Kerajaan Sarawak komited dalam memastikan pendidikan terutama dalam bidang Sains terus diperkasakan.

Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee In berkata, antara cabaran tersebut adalah polisi yang terdapat di dalam sistem pendidikan yang masih di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Namun kini, Kerajaan Sarawak sedang melakukan proses rundingan dengan Kerajaan Persekutuan dan meminta beberapa perkara berkaitan pentadbiran sistem pendidikan diserahkan kepada kerajaan negeri seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

“Ini sedang dirunding pada masa ini dan saya percaya tanda-tanda positif telah ada di situ.

“Ada juga di mana kita diberi ruang seperti dahulu kita minta supaya kita mulakan program-program dalam Bahasa Inggeris lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran Sains ia dipanggil dual language program atau program dwi bahasa,” katanya.

Datuk Roland Sagah berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan program Gati Bisindi (Ke Sini Untuk Bersatu) anjuran UKAS bersama penduduk Kampung Rituh Labuan hari ini.

Antara yang hadir Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon.

Dalam ucapan sama, Roland turut memaklumkan tumpuan kerajaan negeri untuk mensasarkan peningkatan jumlah pelajar yang mengambil aliran Sains sehingga 40 peratus selaras dengan Pelan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

“Sekarang ini kita hanya mempunyai 23 peratus sahaja pelajar aliran Sains di Sarawak.

“Sebahagian dari masalah ini (kekurangan pelajar mengambil aliran Sains) berkaitan dengan kemudahan tetapi kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawalnya kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan