Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) pada Majlis Merarau Ngiling Tikai di Sri Aman, hari ini. Foto: TVS

RM300 juta diluluskan bagi naik taraf jalan di Ulu Skrang – Zahid Hamidi

ByConnie Grace

SRI AMAN, 2 Julai: Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM300 juta bagi menaiktaraf bekas jalan-jalan berbatu kepada jalan berturap di Ulu Skrang, Sri Aman, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, peruntukan yang diluluskan itu bertujuan menaiktaraf projek prasarana (Projek Baru RP-3 2023) bagi skop kerja menaiktaraf jalan balak kepada jalan berturap sepanjang 50 kilometer (km).

“Untuk prasarana projek dalam RP 3-2023, kita telah meluluskan RM300 juta dan ini merupakan projek sambungan antara kerjasama antara Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Merarau Ngiling Tikai di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, sebanyak RM5.7 juta pula bagi membina baharu jambatan konkrit di Nanga Entalau, Ulu Skrang.

“Projek ini melibatkan projek membina konkrit bertetulang sepanjang 60 meter dan lapan meter lebar,” katanya

Pembinaan jambatan ini adalah untuk memudahkan akses penduduk melakukan aktiviti harian mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan