Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyerahkan tikar yang telah digulung atau 'ngiling bidai' kepada Penghulu Anderu Simun yang disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Autonomi kesihatan siapkan Sarawak menuju Masyarakat Menua pada 2027 – Dr Sim

ByMuqri Aziz

LUNDU, 1 Julai: Pengambilalihan semula kuasa autonomi daripada Kerajaan Persekutuan dalam bidang kesihatan amat penting bagi mempersiapkan sarawak menuju ke arah Masyarakat Menua pada 2027.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian optimis Kerajaan Sarawak bertegas mendapatkan semula kuasa autonomi dalam bidang berkenaan dalam usaha menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat.

“Sarawak bakal mencapai status Masyarakat Menua pada tahun 2027.

“Apakah yang akan berlaku sekiranya kita telah mencapai status itu? Kita perlukan untuk membina lebih banyak hospital dan klinik serta membekalkan ubat-ubatan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Majlis Ngiling Bidai Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar 2023 di Kampung Bukit Papan, Lundu pada Jumaat.

Walaupun sudah 60 tahun Sarawak mencapai kemerdekaan dalam Malaysia, Dr Sim mengakui Kerajaan Sarawak tetap nekad berjuang untuk mendapatkan semula hak-hak daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah terhakis.

“Peruntukkan khas, kuasa autonomi kesihatan dan pendidikan menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak untuk mendapatkan semula daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kita ada beberapa perkara yang perlu dilakukan iaitu pertama sekali, memperjuangkan peruntukkan khas dan adil kepada kita daripada Kuala Lumpur dan kemudiannya mendapatkan semula kuasa autonomi dalam bidang kesihatan dan juga pendidikan dan perlu dikembalikan kepada Kerajaan Sarawak.

“Walaupun sudah 60 tahun kita sudah merdeka, kita perlu berunding kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan semula hak-hak Sarawak yang telah lama terhakis,” jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak itu turut menyeru anak Sarawak untuk merebut peluang untuk mendalami ilmu berkaitan dengan ekonomi yang diteroka terutamanya ekonomi baharu untuk terus memajukan dan memakmurkan Sarawak.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang dan Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan