Search
Close this search box.
ADUN Fazzrudin Abdul Rahman (empat, kanan) dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof (lima, kanan) bergambar bersama Sayap Wanita PBB N.6 Tupong semasa menghadiri Majlis Ibadah Korban DUN Tupong di Kuching. Foto: TVS.

Sayap Wanita, Pemuda PBB Tupong bakal lakukan ibadah korban perdana

KUCHING, 30 Jun: Sayap Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong berhasrat untuk melakukan ibadah korban perdana dalam tempoh terdekat ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurutnya, program tersebut merupakan sebahagian daripada program tahunan kedua-dua sayap berkenaan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

“Kita akan mengumpulkan seberapa banyak lembu yang dapat ditumbangkan di satu tempat untuk dikorbankan dan kita akan mengagihkan daging korban di ranting di dalam kawasan DUN Tupong.

“Itu merupakan program yang akan kita laksanakan bersama kedua-dua sayap PBB itu bagi kawasan Tupong ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ibadah Korban Wanita Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tupong di Surau Darul Fadzillah, Kampung Gita Laut di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Terdahulu, dua ekor lembu telah dikorbankan majlis berkenaan sementara daging korban tersebut telah diagihkan kepada seluruh ranting PBB kawasan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan