Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching melaksanakan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas Fasa II di sekitar Kuching, malam tadi. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Operasi Bersepadu Fasa 1: Jenayah indeks Kuching turun enam kes

KUCHING, 30 Julai: Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Fasa I lalu merekodkan seramai 10 individu telah ditangkap di atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan sembilan tangkapan ke atas individu melibatkan jenayah harta benda dan kekerasan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata operasi sepanjang Januari hingga 28 Jun 2023 lalu itu menyaksikan jenayah indeks telah menunjukkan penurunan enam kes berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022 dengan peratusan penyelesaian kes adalah sebanyak 46.95 peratus.

Menurutnya kes yang menyumbang kepada peningkatan jenayah adalah kes melibatkan jenayah harta benda iaitu curi dengan peningkatan sebanyak 47 peratus dalam tempoh yang sama berbanding tahun 2022.

Sehubungan itu, Ahsmon menegaskan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching melaksanakan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas Fasa II dengan objektif utama iaitu bagi membanteras dan mencegah kejadian jenayah melalui sekatan jalan raya yang dibuat di lokasi-lokasi strategik.

Beliau mengakui beberapa siri serbuan yang dijalankan sebelum ini sedikit sebanyak membantu pihaknya menurunkan beberapa kes di tempat aktif jenayah terutamanya jenayah samun di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ashmon Bajah ketika ditemui media sebelum Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas Fasa II malam tadi. Foto: Faitullah Morni (TVS).

“Pihak IPD Kuching dalam beberapa siri serbuan-serbuan yang djalankan selama ini telah dapat mebanteras banyak sindiket-sindiket khususnya suspek-suspek yang terlibat dengan samun di mana yang baru ini kita memberi kenyataan akhbar berkaitan dengan samun yang aktif berlaku di Kawasan Stampin, Stutong dan BDC,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas Fasa II di sini, pada Khamis.

Beliau menjelaskan lagi sebanyak lima lokasi awam di sekitar Kuching disasarkan untuk sekatan jalan raya dengan tenaga kerja seramai 149 anggota dan pegawai yang terlibat.

“Operasi pencegahan jenayah seumpana ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras dan mencegah jenayah serta menjamin keselamatan masyarakat awam di kawasan setempat khususnya di bandaraya Kuching,” ujarnya.

Ashmon turut menyeru agar orang ramai memberi kerjasama bagi membantu pihak polis mengekang jenayah di sekitar Kuching dengan menyalurkan maklumat kepada pihaknya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan