Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba sedang mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di tempat duduk kereta Nissan Almera di lokasi kejadian. Foto: JBPM Zon Miri

Isteri maut, suami serta dua anak parah dalam nahas jalan raya di Miri

MIRI, 30 Jun: Seorang wanita maut manakala suami serta dua daripada tiga anak mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bakam di sini petang tadi.

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Nurul Atiqah Ahmat, 33, manakala suaminya berusia 32 tahun serta tiga anak mereka telah digegaskan ke Hospital Miri untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1), Ismaidi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.49 petang.

Menurutnya tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral digerakkan ke tempat kejadian dan mendapati dua mangsa tersepit di tempat duduk kereta jenis Nissan Almera.

“Wanita yang yang berada dalam kereta Nissan Almera disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi manakala suaminya serta anak-anak telah digegaskan ke Hospital Miri.

“Difahamkan anak sulung dan anak kedua mangsa kini masing-masing dirawat di Zon Merah dan Kuning Unit Kecemasan Hospital Miri manakala anak ketiga pasangan itu hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi TVS pada Jumaat.

Ismaidi menambah nahas itu berlaku apabila kereta yang dinaiki lima sekeluarga tersebut dipercayai bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari Miri menghala ke Bintulu.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu lori Nissan berusia 58 tahun dan isterinya hanya mengalami cedera ringan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah diterima berhubung nahas tersebut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan