Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan lembu dan daging korban Daerah Gedong di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Formula Sarawak pelihara agama diiktiraf kerajaan New Zealand – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 30 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan New Zealand telah mengiktiraf Sarawak sebagai model terbaik dalam memelihara agama di negeri ini.

Khabar baik itu diketahui susulan beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) di negara berkenaan baru-baru ini.

Menurut Abang Johari, kerajaan berkenaan telah menyaksikan sendiri bagaimana Sarawak menguruskan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di negeri ini.

“Kerajaan Sarawak membantu UNIFOR dan di sana (New Zealand) negara yang minoritinya beragama islam di bantu oleh kerajaan di sana.

“Jadi saya nampak ada persamaan diantara masyarakat islam di New Zealand dengan kita, sebab itu saya tekankan lima prinsip Maqasid yang merangkumi perlindungan nyawa, perlindungan harta, perlindungan kesihatan, perlindungan terhadap agama dan perlindungan maruah,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan lembu dan daging korban Daerah Gedong di sini, pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama Abang Johari yang juga Presiden Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara Dan Pasifik (RISEAP) bercadang untuk mewujudkan hab di Kepulauaan Fiji sebagai pusat pembangunan Islam di sana.

Terdahulu, sebanyak 23 lembu dikorbankan dan akan diagihkan kepada 23 kawasan di dalam dan luar kawasan itu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, Wakil Khas Premier Sarawak Di Gedong Datuk Mohd Naroden Majais dan Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee .

 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengagihkan daging korban kepada penduduk kampung. Foto: TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan