Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri ketika ditemu bual rancangan Dialog TVS dengan tajuk Dilema 'Intern' Cari Duit Atau Pengalaman? Foto : TVS

Tugas ‘internship’ lahirkan mahasiswa berkebolehan tinggi

ByLuqman Muhammad

KOTA SAMARAHAN, 29 Jun: Kepelbagaian tugas mahasiswa ketika menjalani latihan industri atau ‘internship‘ diyakini mampu melahirkan mereka sebagai individu yang berkebolehan tinggi, kata Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri.

Menurut Shahren, mahasiswa perlu akur sekalipun tugasan yang diberi tidak seperti apa yang dituntut dalam jurusan yang diambil.

“Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif, pelajar perlu ‘move on’ dan galas tanggungjawab itu dengan sebaiknya,” katanya pada temu bual Dialog TVS dengan tajuk Dilema ‘intern’ Cari Duit Atau Pengalaman di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu Shahren menyarankan agar pihak institusi pengajian tinggi (IPT) mempersiapkan para mahasiswa bahawa tugasan mereka ketika ‘internship‘ tidak akan berdasarkan kepada subjek jurusan semata-mata.

“Minda mahasiswa seperti ini banyak di dalam industri, mereka beranggapan bahawa mereka perlu praktikal apa yang mereka pelajari sahaja dan kalau tidak itu bukan tugas mereka.

“Jika seperti ini akhirnya mereka tidak akan diterima di dalam industri dan mereka tidak boleh ‘multitasking’,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan