Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri ketika ditemu bual dalam rancangan Dialog TVS dengan tajuk Dilema 'Intern' Cari Duit Atau Pengalaman? Foto : TVS

Tetapkan, ‘internship’ untuk belajar bukan mahu duit – Shahren Yusri

ByLuqman Muhammad

KOTA SAMARAHAN, 29 Jun: Mahasiswa yang menjalani latihan industri atau ‘internship‘ dinasihatkan agar menetapkan matlamat untuk belajar meraih pengalaman bekerja dan bukannya mengharap mendapat bayaran elaun semata-mata.

Menurut Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri meskipun berdepan dengan cabaran pertembungan zaman, mahasiswa pada masa kini tetap dituntut menetapkan matlamat asal sebagai seorang pelajar.

“Sebagai seorang mahasiswa, minda untuk belajar itu perlu ditetapkan awal-awal lagi bahawa saya nak masuk ke dalam industri ini sebab saya nak belajar dan bukannya dapatkan duit mahupun bekerja untuk duit.

“Itu bukan mentaliti yang sepatutnya dipegang oleh mahasiswa,” tegasnya pada temu bual Dialog TVS dengan tajuk Dilema ‘intern’ Cari Duit Atau Pengalaman di sini, hari ini.

Memetik contoh pada zamannya, Shahren mendedahkan dirinya terpaksa bekerja pada ketika usianya bersekolah di tingkatan dua bagi mendapatkan gambaran bahawa demikianlah hakikat dunia pekerjaan belajar selain mengumpul simpanan bagi mencapai azamnya menuntut hingga ke universiti.

“Saya kerja sebab saya nak kumpul duit belajar di universiti, jadi sebagai mahasiswa pada zaman dahulu kita dah terbiasa bahawa dalam kita bekerja belum tentu kita dapatkan bayaran apa yang kita nak, cukup sekadar pengalaman yang menjadikan kita manusia pada hari ini,” ujarnya.

Dalam pada itu Shahren turut mengakui perederan zaman pada hari ini membawa kepada perbezaan keperluan sambil mengakui kehidupan mahasiswa zaman ini tidak lagi sama seperti zamannya.

“Saya setuju zaman kita dahulu mungkin tidak terdedah dengan dunia seperti hari ini, sekarang semuanya dihujung jari, bagaimanapun suka untuk saya tekankan bahawa matlamat sebenar mahasiswa adalah untuk belajar bagi mendapatkan pengalaman sebagai bekalan ke alam pekerjaan pada masa akan datang,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan