Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Tempat Transit Gelandangan (TTG) bertapak di Jalan P.Ramlee, Kuching – Fatimah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 29 Jun: Tempat Transit Gelandangan (TTG) bakal bertapak di Jalan P.Ramlee, Kuching bagi menangani isu gelandangan di sini sebagai usaha menyesuaikan golongan itu dalam masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu inisiatif itu mengambil kira selepas kejayaan penubuhan TTG di Sibu sebelum ini.

Justeru itu Fatimah memberitahu sebuah TTG yang mampu memuatkan seramai 40 orang gelandangan akan dibina di sini dan dijangka akan siap proses ubah suai dalam tempoh empat bulan lagi.

Fatimah mendedahkan lagi selain berfungsi untuk menyediakan keperluan asas seperti tempat tidur bersih, menyediakan makanan serta tempat untuk membersihkan diri, TTG juga menyediakan khidmat kaunseling serta latihan yang mampu menjana ekonomi.

“Kita beri mereka latihan untuk menjanakan pendapatan. Misalnya latihan menganyam. Kita mempunyai seorang gelendangan yang kita panggil Cikgu Ani dan kita dapati bahawa dia ada kemahiran menganyam, dan sekarang ini menganyam bakul untuk dijual dan juga mengajar yang lain. Jadi cikgu. Dari gelandangan (telah) menjadi seorang cikgu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Pengagihan Daging Korban di Community Social Support Centre (CSSC) di sini pada Khamis.

Selain menganyam menurut Fatimah, TTG juga menyediakan kelas kemahiran lain seperti kelas jahitan, kelas tanaman hidroponik, serta kelas membaca dan menulis dalam usaha membantu mereka untuk mencari pekerjaan.

TTG juga berfungsi untuk menyatukan golongan ini dengan ahli keluarga yang terpisah, tambah beliau.

Dalam pada itu beliau turut berkata sebuah TTG juga bakal dibina di Bintulu dengan kerjasama pihak Bintulu Development Agency (BDA).

Setakat ini, Bintulu catat jumlah gelandangan tertinggi dengan kira-kira 14 orang gelandangan direkodkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan