Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman bercakap kepada pemberita selepas hadir Majlis Sumbangan Korban Hari Raya Aidiladha di Masjid Jannatul Firdaus di sini hari ini.Foto TVS.

Sarawak ketatkan kawalan perangi FMD

LIMBANG, 29 Jun: Sarawak melalui Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah telah meningkatkan langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan penyakit kaki dan mulut (FMD) yang kini dikesan di Indonesia.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) akan terus memantau penyakit FMD agar tidak merebak ke Sarawak.

Dr Abdul Rahman berkata, Sarawak mempunyai peraturan ketat untuk tujuan eksport dan import bagi memastikan sumber daging di sini sentiasa selamat.

“(Setakat ini) Sarawak masih bebas FMD,” katanya kepada media selepas hadir Majlis Sumbangan Korban Hari Raya Aidiladha di Masjid Jannatul Firdaus di sini hari ini.

Turut hadir isteri Dr Abdul Rahman yang juga Pengerusi Perkim Cawangan Limbang, Datin Dayang Maimunah Awang Mohd. Daud serta Bendahari Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKIL) Daerah Limbang,Mahmud Amit.

Berkaitan peraturan ketat dilaksanakan, Dr Abdul Rahman memberitahu, ianya termasuk tidak mengeksport dan mengimport haiwan hidup dan daging dari negara yang mempunyai penyakit itu.

Jelasnya pada masa ini Sarawak, negeri jiran Sabah, kawasan Indonesia berhampiran Borneo dan Brunei masih bebas FMD.

Wabak yang berlaku sejak tahun lepas menyebabkan sebahagian besar haiwan ternakan itu mati dan tidak dapat membiak hingga bekalan tahun ini berkurangan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan