Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hari Raya Aidiladha di Indonesia tahun ini disambut berbeza setelah kerajaan mengumumkan negara ini memasuki fasa endemik.. Foto: David Andreas (TVS).

Rakyat Indonesia sambut Aidiladha dalam fasa endemik

ByTVS

JAKARTA, 29 Jun: Hari Raya Aidiladha di Indonesia tahun ini disambut berbeza setelah kerajaan mengumumkan negara ini memasuki fasa endemik.

Sambutan lebih meriah disaksikan di seluruh negara setelah pelbagai sekatan untuk memerangi pandemik COVID-19 ditarik balik.

Awal pagi ribuan umat Islam memenuhi pekarangan masjid di seluruh negara untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Suasana sekitar Kampung Melayu, Jakarta Timur semasa Sambutan Aidiladha. Foto: David Andreas (TVS)

Ibadah korban yang ‘terhenti’ sejak tiga tahun lepas juga kembali dilakukan pada sambutan tahun ini.

Di ibu negara, ribuan umat Islamdi Kampung Melayu, Jakarta Timur, turut menunaikan solat sunat Aidiladha.

Seorang penduduk, Deni Hendra memberitahu TVS, dia gembira dapat menunaikan ibadah korban pada tahun ini tanpa sebarang sekatan.

“Sekarang ini senang selepas solat, boleh buat persiapan untuk menyembelih korban dan boleh juga beri daging kepada golongan asnaf, tiada lagi sekatan seperti sebelum ini,” katanya.

Pada 21 Jun lalu, Indonesia mengumumkan bahawa negara itu telah menamatkan status wabak COVID-19 secara rasmi dan tiada sebaran sekatan yang berlaku. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan