Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin melihat sendiri proses melepah kulit daging lembu yang diagihkan di Surau Bidayatul Hidayah, Kampung Batu Perak Stakan di sini, hari ini Foto: TVS

Meriahkan Aidiladha, Wilfred Yap sumbang tujuh ekor lembu

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Jun: Prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam di tujuh kawasan pentadbirannya meraikan ibadah korban pada Aidiladha kali ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin telah menyumbang sebanyak tujuh ekor lembu.

Penyelaras Program Pembangunan Komuniti dan Aktiviti Keagamaan Kota Sentosa, Wan Lukmanhakim menyifatkan, sumbangan itu sebagai rasa tanggungjawab seorang wakil rakyat kepada masyarakat di kawasan yang diwakilinya, meskipun berbeza fahaman agama.

“Walaupun kita sedia maklum yang beliau (Wilfred Yap) bukan seorang muslim tapi beliau tetap peka dengan program-program atau perayaan agama lain antaranya ibadah korban yang kita sambut pada tahun ini,” kata Wan Lukmanhakim selepas menunaikan majlis ibadah korban di Surau Bidayatul Hidayah, Kampung Batu Perak Stakan di sini, pada Khamis.

Menurut Wan Lukmanhakim kesemua korban tersebut telah diagihkan di Masjid Darul Barakah BDC, Surau Al-Mukhlis Stutong Melayu, Surau Bidayatul Hidayah Kampung Batu Perak, Kem Ria, Kem Semenggo (Masjid As-Syuhada), Kem Penrissen (Masjid Solahuddin Al-Ayubi) dan Pengkalan Udara Kuching.

Dalam pada itu Wilfred Yap berkata ibadah korban yang diraikan masyarakat Islam ini antaranya lain mampu memupuk perpaduan, kasih sayang, menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia dan kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat.

“Harapan saya kepada masyarakat di kawasan saya agar terus berganding bahu untuk menjaga keharmonian kaum di negeri ini dan bersama membangunkan kawasan tidak kira warna kulit,agama dan bangsa kita tetap bersama.

“Kita berharap sumbangan lembu ini dapat membantu menceriakan golongan kurang berkemampuan, selain dapat memeriahkan lagi sambutan Aidiladha kali ini,” ujarnya.

Majlis turut menyaksikan Wilfred menyampaikan sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM 15,000 kepada Kem Penrissen, RM5,000 untuk Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Rm 5,000 untuk Masjid Baraqah BDC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan