Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof mengagihkan daging korban kepada penduduk di sekitar Petra Jaya hari ini.Foto Media Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hayati erti pengorbanan dalam konteks lebih meluas – TPM Fadillah

ByRegina Lee

KUCHING, 29 Jun: Umat Islam disaran supaya menghayati makna pengorbanan pada Hari Raya Aidiladha ini dalam konteks yang lebih meluas, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, erti korban bukan sekadar mengorbankan haiwan ternakan sahaja namun perlu memahami kesusahan yang dialami oleh masyarakat di sekeliling.

“Setiap kita berkorban, wang, tenaga dan waktu seperti hari ini. Selepas selesai, kita agihkan daging kepada golongan yang memerlukan.

“Inilah yang dianjurkan dalam semangat pengorbanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai ibadah korban di Masjid Ikhwanul Islam, Petra Jaya di sini hari ini.

Sementara itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, pada tahun ini sebanyak 63 ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Urusan pengagihan dikendalikan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Daging diberikan kepada asnaf dan peserta terlibat di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Satok, Tupong dan Samariang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan