Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bubur pedas kulit sapi yang menjadi hidangan wajib setiap kali Hari Raya Aidiladha di Kampung Melayu Betong. Foto: Yazid Ibrahim (TVS)

Bubur pedas kulit sapi juadah wajib Aidiladha di Kampung Melayu Betong

ByFebbright James

BETONG, 29 jun: Juadah bubur pedas kulit sapi menjadi penyeri setiap musim perayaan masyarakat di Sarawak terutama pada Hari Raya Aidiladha. 

Misalnya di Kampung Melayu Betong, juadah itu wajib ada setiap kali Aidiladha kerana ia menjadi pelengkap kepada hidangan mereka.

Bubur pedas kulit sapi hidangan wajib Aidiladha

Menurut seorang peniaga, Rabakyah Mos, setiap kali perayaan setiap rumah pasti akan menghidangkan bubur pedas kulit sapi.

“Penduduk kampung akan bergotong-royong memasak dan menyediakan hidangan seterusnya berkumpul beramai-ramai bagi meraikan Aildiladha. Memang bubur pedas ini harus ada di setiap rumah terutamanya semasa Hari Raya Aidiladha.

“Menariknya penduduk kampung disini akan bergotong-royong dalam menyediakan juadah. Setiap pintu rumah akan membawa makanan dari rumah masing-masing dan kita akan meraikan bersama,” kata anak jati Kampung Melayu Tengah Betong itu.

Menurutnya bubur pedas kulit sapi itu akan dimasak dengan campuran pelbagai ramuan dan dimasak dalam tempoh masa yang lama.

“Resepi bubur pedas ini kita menggunakan kulit sapi yang dibakar sehingga kehitaman kemudian dikikis dan dicampurkan dalam bubur pedas. Bubur ini kita campurkan dengan daun buas, kulat, kentang, kacang panjang dan bumbu khas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada TVS pada Majlis Berami Rayau di Kampung Melayu Tengah, pada Khamis.

Sementara itu, Abg Muhammad Fhazil Abg Abdul Manaf, 38, berkata di samping hidangan utama itu, penduduk juga akan membawa masakan masing-masing dari rumah dan berkumpul di satu tempat untuk bersama-sama meraikan setiap perayaan.

“Setiap kali musim perayaan, kampung ini memang meriah. Dua hari sebelum Aidiladha kita sudah mula menguruskan pembelian sapi, ayam dan sebagainya. Tugasan untuk setiap ahli jawatankuasa (AJK) telah diagihkan.

“Penduduk bergotong-royong menyembelih, melapah dan membakar kulit sapi untuk dijadikan bubur pedas sebab prosesnya lama. Selain hidangan yang disediakan AJK ada juga penduduk kampung yang membawa makanan dari rumah masing-masing dan berkumpul bersama-sama,” ujarnya.

Terdahulu, Majlis Berami Rayau di Kampung Melayu Tengah Betong turut dihadiri Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Dato Gerald Rentap Jabu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan