Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ir Radzi bersama isteri tercinta menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Foto: Ir Radzi

Bersyukur, impian tunai haji jadi kenyataan – iR Radzi

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 29 Jun: Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak Mohamad Shah Riadzi yang mesra dengan panggilan, iR Radzi menzahirkan rasa syukur apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Pendedang lagu “Sempurna Waktu” dan pemilik suara husky itu menggangap peluang untuk mengerjakan rukun islam kelima itu sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.

“Perasaan apabila pertama kali melihat Kaabah adalah suatu yang saya tidak pernah terfikir dan hanya terasa di dalam hajat dan mimpi,” katanya ketika dihubungi TVS, pada Khamis.

Menurutnya lagi peluang menunaikan haji pada tahun ini akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila dapat menunaikan ibadah itu bersama isteri tercinta.

“Sekiranya diberi peluang dalam masa terdekat saya berhasart untuk pergi lagi bersama ibu tersayang, anak serta adik beradik perempuan saya,” ujarnya.

iR Radzi yang juga terkenal dengan nyanyian ‘Maafkan aku’ telah berangkat ke tanah suci meninggalkan dua orang anaknya yang masih kecil. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found