Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima di Majlis Pengagihan Daging Korban di Community Social Support Centre (CSSC)

146 penghuni pelbagai rumah kebajikan di Kuching terima daging korban

ByAdlina Rahman

KUCHING, 29 Jun: Seramai 146 orang golongan asnaf dipilih untuk menerima agihan daging korban  pada Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata agihan tersebut melibatkan sejumlah 10 ekor lembu ditumbangkan pada tahun ini.

146 asnaf terima agihan daging korban

“Tahun ini 10 ekor lembu dikorbankan. Ada kuranglah dibandingkan tahun-tahun lepas. Kita faham sebab sekarang harga lembu pun sudah naik, dan mungkin itu salah satu daripada sebabnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Pengagihan Daging Korban di Community Social Support Centre (CSSC) di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Fatimah menyatakan pihaknya bersyukur kerana masih berpeluang untuk menjalankan ibadah korban pada tahun ini selain menggalakan orang ramai yang bekemampuan untuk menunaikan ibadah itu.

“Saya bersyukur sebab tahun ini kami di Desa Guru masih dapat jalankan ibadah korban. Seperti yang saya katakan untuk umat Islam bulan ini siapa yangg berkemampuan, Allah sangat suka bila umatnya yang menjalankan ibadah korban, sekiranya ada kemampuan. Begitu juga ibadah haji,” ujarnya.

Terdahulu, agihan kali ini menyaksikan antara pihak yang terpilih adalah dari 70 penghuni Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM), Pusat Jagaan Nur Murni (40 orang), Laman Kaseh (14 orang), Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah Kuching (16 orang), serta enam orang ibu tunggal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan