Search
Close this search box.
Suspek berusia 17 tahun ketika diberkas selepas mengamuk di sebuah Tabika di Kampung Rajang, Tanjung Manis pada 13 Jun lalu. Foto: IPD Sarikei.

Nasib suspek kes amuk di Sarikei tunggu laporan akhlak JKM Ogos ini

SARIKEI, 28 Jun: Laporan akhlak berkaitan suspek remaja lelaki yang didakwa mengamuk di sebuah tabika di Kampung Rajang, Tanjung Manis baru-baru ini dijangka keluar pada Ogos depan.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata siasatan terhadap remaja berusia 17 tahun itu juga hampir selesai serta telah pun diikat jamin oleh ahli keluarganya sejurus selepas hadir ke Mahkamah Sarikei pada 20 Jun lalu.

“Kita sudah selesai menjalankan kes tersebut dan kami sedang menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman suspek ditentukan oleh Mahkamah,” katanya ketika dihuhungi TVS hari ini.

Menurutnya laporan akhlak akan mengambil masa lebih kurang sebulan iaitu sehingga Ogos depan.

“Ini kerana suspek merupakan seorang juvana atau bawah umur telah mengaku bersalah ketika dibicarakan di Mahkamah Sarikei pada 20 Jun lalu,” jelasnya.

Sementara itu, Arfian memberitahu bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang membuat penilaian akhlak terhadap suspek sebelum mahkamah memutuskan hukuman yang sewajarnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi 13 Jun lalu, suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika mengamuk di situ.

Remaja itu juga cuba memasuki salah satu bilik darjah namun dihalang oleh seorang guru wanita tabika berkenaan.

Guru tersebut turut dilaporkan cedera di beberapa bahagian badannya selepas melindungi sembilan kanak-kanak di bawah jagaannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan