Search
Close this search box.
Roti kahwin bakar Aik Seng yang dibakar sepenuhnya menggunakan arang antara menu pilihan pelanggan. Foto: Yazid Ibrahim (TVS)

Wujud sejak 93 tahun lalu, roti bakar guna arang Aik Seng tetap popular di Sarikei

ByYazid Ibrahim

SARIKEI, 27 Jun: Roti kahwin popular di Sarikei masih mengekalkan cara tradisional dibakar menggunakan arang sepenuhnya sejak beroperasi pada tahun 1930-an lalu.

Pengusaha, Wong Me Me berkata, kedai kopi Aik Seng yang terkenal itu merupakan warisan turun temurun keluarga Ee Nong.

Katanya, Wong merupakan generasi ketiga yang mengendali kedai kopi sejak wujud sebelum perang dunia kedua itu.

Mi kolok spesial yang dijual di kedai Wong. Foto: Yazid Ibrahim (TVS)

“Saya merupakan generai ketiga yang mengurus kedai kopi ini dari keturunan Ee Nong.

“Saya juga dulu bekerja di ibu negara dalam bidang korporat dan terpaksa berhenti demi menggantikan ayahnya yang sudah berusia mengurus kedai kopi legasinya,” katanya.

Ditanya mengenai keistimewaan roti bakar yang dijualnya, kesemua bahan-bahan untuk membuat intinya seratus peratus dibuatnya sendiri.

“Saya menggunakan inti yang saya buat sendiri, tidak guna inti segera dari kedai dan guna ban burger.

“Antara inti ban yang saya buat sendiri, pandan, mentega kacang, sardin dan keju yang mana dihidang dengan gabungan marjerin.

“Saya juga menggunakan ban burger yang mana lain dari kedai orang lain yang biasanya guna roti segi empat,” katanya.

Selain roti bakar, kedai kopi itu turut menawarkan menu lain seperti mi kolok, nasi lemak, mi pok dan laksa Sarawak.

Ditanya mengenai pekerja, Wong memberitahu setakat ini dia mempunyai enam orang pekerja yang membantu mengendalikan kedai berkenaan.

Lebih mengembirakan wanita ini mengakui roti bakarnya dikenali pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada luar dari Sarikei bahkan di Semenanjung Malaysia.

Tambahnya lagi, antara pemimpin yang pernah berkunjung di kedainya bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

“Pelbagai kaum dan agama berkunjung di kedai saya untuk merasai sebenar roti yang dibakar secara tradisional menggunakan arang sepenuhnya.

“Kalau hujung minggu memang kedai saya penuh, kadang-kadang pelanggan terpaksa beratur di luar menunggu giliran.

Wong juga berharap dia dapat membuka cawangan lain di luar Sarikei dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang oleh keluarganya bagi berkembang lebih maju.

Terletak di Jalan Wharf Sarikei, kedai kopi Wong dibuka seawal  jam 7 pagi hingga jam 4 petang setiap hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan