Search
Close this search box.
Majlis pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 di Rusia itu disaksikan secara langsung oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan pengurusan tertinggi USM di Pulau Pinang malam ini. Foto USM.

USM lakar sejarah jadi venue saksikan pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 Leo ke angkasa lepas

ByBernama

GEORGE TOWN, 27 Jun: Universiti Sains Malaysia (USM), dengan kerjasama syarikat teknologi angkasa lepas tempatan Angkasa-X Innovation Sdn Bhd, melakar sejarah tersendiri apabila menjadi antara venue yang menyaksikan pelancaran satelit orbit rendah bumi (LEO) ke angkasa lepas secara langsung dari Rusia hari ini.

“Peristiwa bersejarah ini melambangkan hasil kerja keras dan komitmen yang tinggi. Kejayaan pelancaran ini bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan Malaysia dalam teknologi angkasa lepas, tetapi juga menjadi inspirasi kepada saintis dan jurutera di Malaysia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1, disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Selain itu, Abdul Rahman berkata dengan pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 dan 200 satelit selepas itu, Angkasa-X berhasrat untuk mewujudkan ekonomi angkasa yang teguh, terutamanya dalam ASEAN.

Beliau berkata satelit itu juga akan menyumbang kepada mewujudkan satu keadaan di mana ketersambungan data dan informasi penting, akan dapat dicapai dengan mudah dan mampu oleh masyarkat, kerajaan dan juga syarikat.

“Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mereka bentuk, memasang dan melancarkan satelit LEO buatan sendiri.

“Pelaburan dalam satelit dan teknologi angkasa lepas satelit, akan memangkinkan bakat, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, membangunkan solusi teknologi angkasa lepas baharu untuk dipasarkan secara global, dan menarik pelaburan serta bakat domestik dan antarabangsa, serta memberikan impak ekonomi yang positif kepada negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan