Search
Close this search box.
Tarian unik dari Tanzania antara yang menghiburkan pengunjung RWMF 2023 yang berakhir Ahad lepas. Foto TVS.

Tarian tradisi Tanzania dipersembahkan pada RWMF2023

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Jun: Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 yang berakhir kelmarin memberikan pengalaman manis kepada Safi Theatre.

Ini kerana kumpulan muzik tradisional dari Tanzania itu berpeluang berkongsi budaya mereka dengan pengunjung dari seluruh dunia yang menghadiri RWMF2023.

Safi Theatre berkata, mereka tidak berasa janggal menghiburkan pengunjung di Kampung Budaya Sarawak kerana terdapat persamaan dengan tempat asal mereka.

“Tanzania juga memiliki kepelbagaian kaum serta etnik dan kami percaya muzik boleh menjadi elemen memupuk perpaduan seperti di Sarawak.

“Oleh itu, apabila Safi Theatre sampai di sini, kami berasa teruja kerana ini peluang istimewa untuk mengetengahkan budaya muzik tradisional kami,” kata mereka.

Safi Theatre berkata demikian kepada TVS ketika hadir pada acara itu Ahad lepas.

Safi Theatre dari Tanzania berkongsi keterujaan kerana berpeluang membuat persembahan di RWMF2023. Foto TVS.

Bercakap mengenai keunikan muzik tradisional Tanzania, Safi Theatre berkata, elemen tarian akrobat antara yang istimewa.

“Penari dilatih sejak berumur lima tahun supaya mereka dapat kuasai seni tari dengan baik.

“Satu yang unik mengenai tarian akrobatik di Tanzania, ia merupakan elemen penting muzik yang dipersembahkan bersama gendang tradisional.

“Ini berbeza di negara lain yang mana akrobatik dilihat sebagai acara sukan,” kata mereka.

Menutup bicara, kumpulan itu juga berbangga kerana ini kali pertama persembahan muzik tradisional Tanzania dipersembahkan di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan