Search
Close this search box.
Suasana kawasan perkampungan di Mongolia. Foto AFP.

Kuarantin dilaksana di barat Mongolia susulan wabak bubonik

ByBernama

ULAN BATOR, 27 Jun: Kuarantin seminggu dilaksanakan di Wilayah Govi-Altai di barat Mongolia berikutan kejadian wabak disyaki bubonik, juga dikenali sebagai “Black Death”, menurut kenyataan pejabat gabenor wilayah itu pada Selasa.

Kes itu yang disyaki telah dilaporkan di Bugat soum (daerah pentadbiran kecil) wilayah itu, kini diasingkan di hospital tempatan, lapor Xinhua.

Walaupun Mongolia mengharamkan memburu marmot, ramai penduduk menganggap haiwan itu sebagai makanan istimewa dan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Daripada kesemua 21 wilayah di Mongolia, 17 berisiko dijangkiti wabak bubonik, menurut Pusat Kebangsaan Penyakit Zoonotik negara itu.

Wabak bubonik, wabak paling biasa yang disebabkan oleh bakteria yersinia pestis, yang hidup dalam populasi tikus dan disebarkan oleh kutu yang telah menggigit haiwan yang dijangkiti, seperti marmot.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia orang dewasa boleh maut dalam tempoh kurang dari 24 jam jika tidak diberikan rawatan segera.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan