Search
Close this search box.
Foto hiasan

Wanita kerugian lebih RM48,000 terjerat tawaran kerja janji komisen tinggi

SIBU, 25 Jun: Seorang pembantu jualan wanita di sini mengalami kerugian lebih RM48,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja yang menjanjikan komisen tinggi dalam talian pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Sulaili berkata, wanita berusia 30-an itu, melayari laman sosial Facebook dan melihat tawaran kerja kosong yang diiklan dalam ‘Sibu Job Vacancy’.

“Mangsa yang tertarik dengan komisen yang ditawarkan kemudian berurusan dengan seorang suspek yang tidak dikenali.

“Suspek berkenaan kemudian telah memberi satu pautan untuk mendapatkan I.D pengguna untuk memulakan tugasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, mangsa telah diberikan sebanyak 28 tugasan untuk dilaksanakan bagi menerima komisen.

“Pada 11 Jun lalu, mangsa telah melakukan sebanyak 12 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun bank tempatan yang berlainan dan dijanjikan akan menerima komisen bagi setiap bayaran yang dilaksanakan. Namun sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima sebarang komisen yang dijanjikan.

Katanya, mangsa telah membuat laporan polis semalam selepas menyedari dirinya telah tertipu dengan jumlah keseluruhan kerugian RM48,687.19.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementera itu, Zulkipli turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Tegasnya, orang ramai diminta untuk membuat semakan yang terperinci sebelum menerima apa jua tawaran kerja yang meragukan.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM.

Pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui boleh juga disemak melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan